Wednesday, 18 December 2013

Komik Bersuara - The Ghosbuster

Berikut adalah komik yang digunakan oleh kumpulan Ghostbusters untuk dijadikan sebagai komik bersuara.




Cerita bermula:-






























Isu yang dihadapi:-

Isu 1: PEMILIHAN PERKATAAN

Teks Sumber
Teks Sasaran
Cadangan
Yes! Inilah kerja yang paling aku suka sekali. Menggangu orang Islam bersolat!
Yes! I like this job the most. I can disturb Muslim while they’re performing their solah.
Prayer / Solah

Aha, aku nak minta derma pada pak cik itu. Nampak macam dermawan saja …
Aha! That uncle looks like a good person. Maybe I should ask him for some donation.
Generous / a good person

                                                                           Jadual 1


            Berdasarkan jadual 1 di atas, pada asalnya padanan yang telah digunakan bagi menterjemahkan perkataan “Solat” ialah Solah. Akan tetapi, hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan maka ia lebih sesuai jika diterjemahkan menjadi prayer sahaja. Ini kerana, pembaca sasaran adalah daripada latar belakang agama dan budaya yang berbeza. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika perkataan Prayer yang digunakan dan dapat membawa maksud yang lebih umum bagi pemahaman pendengar komik bersuara ini.
            Begitu juga bagi contoh yang kedua iaitu perkataan “dermawan” yang diterjemahkan menjadi a good person. Terdapat juga cadangan bagi menggunakan perkataan generous yang sememangnya membawa maksud sebenar bagi perkataan yang terdapat dalam bahasa sumber itu. Akan tetapi, setelah ditimbal balik penterjemah khuatir sekiranya pendengar komik bersuara yang rata-ratanya mungkin terdiri daripada kanak-kanak maka adalah lebih sesuai dijadikan umum saja iaitu a good person.

            Oleh yang demikian, penterjemah perlulah bijak dalam memilih perkataan yang bersesuaian agar tidak menyimpang daripada makna sebenar dan sekali gus dapat memberikan kesan yang sama seperti yang diterima oleh pembaca dan pendengar teks sumber tersebut. 

Isu 2 : MENTERJEMAH AYAT AL-QURAN

BS
BT
Cadangan
Allah SWT berfirman bermaksud : “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (an-Nissa’ 04: 120-121)
As the Almighty says in the Al-Quran: “Satan promises them and arouses desire in them. But Satan does not promise them except delusion. The refuge of those will be hell, and they will not find from it an escape.”

(Surah an-Nissa’ Juz 04: Verse 120-121)

   Firman
   Surah
   Juz – juzu’
   Ayat – verse


                                                                        Jadual 2
          Ayat Al-Quran seperti yang terdapat dalam jadual 2  di atas, penterjemah tidak menghadapi kesukaran dalam menterjemahkannya ke bahasa  sasaran kerana sudah adanya terjemahan sedia ada bagi ayat Al-Quran. Namun, salah satu kesukaran yang dihadapi ialah kekeliruan untuk menterjemahkan petikan ayat tersebut, “an-Nissa’ 04: 120-121”. Hasil pencarian, penterjemah telah memutuskan untuk menterjemahkannya menjadi (Surah an-Nissa’ Juz 04: Verse 120-121). 

Isu 3 : TIADA PADANAN YANG SESUAI

BS
BT
Cadangan
Tapi kalau tak solat subuh, hmm.. Alamat kena kencing dengan syaitan la.. Yerk!
However, if we don’t perform solah… Ops! The Satan will pee at us. Yuck!

Pee / Urine

Huh, nasib baik kau buang air sambil tutup kepala. Kalau tak aku lumur najis atas kepala kau!
Urgh! Luckily you cover your head, or else I would pee and put dirt on you!

Dirt / Poop / Shit
                                                                    Jadual 3


            Contoh dalam jadual 3 di atas, penterjemah menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan beberapa perkataan seperti “kencing” dan juga “lumur najis” yang terdapat dalam BS. Antara cadangan bagi perkataan “kencing” ialah sama ada pee atau urine. Namun, setelah kajian dan pembacaan dilakukan cadangan yang terbaik ialah untuk menggunakan perkataan pee saja. Perkataan tersebut adalah lebih bersesuaian bagi peringkat umur pendengar komik bersuara ini.


            Kemudian, beralih pula kepada frasa “lumur najis” yang telah dipadankan menjadi dirt. Ini kerana, perkataan dirt tersebut dirasakan lebih bersesuaian untuk digunakan dalam konteks teks sebegini. Dirt membawa maksud yang lebih meluas dan lebih umum jika hendak dibandingkan dengan perkataan lain seperti poop dan juga shit. 

Isu 4 : PEMINJAMAN

BS
BT
Cadangan
Assalamualaikum Ummi. Diyana sudah pulang.
Assalamualaikum! Mom I’m home!

Peace be upon you

Satu lagi yang ibu selalu ingatkan. Waktu Maghrib jangan main di luar. Syaitan suka berkeliaran pada waktu ini.
Mom always remind us not to play outside during Maghrib. Satan like to wander around during that time.

Fajr
Ibu cakap tiap malam semasa tidur, syaitan akan ikat kita dengan tiga tali, siapa yang bangun, ambil wuduk dan solat subuh, maka tali itu akan putus.
Whoever gets up early in the morning to take their wudhu’ and perform subuh prayer then automatically it will help to untie the ropes.

Ablution
Satu lagi ibu pesan, nak masuk bilik air, mesti mula dengan kaki kira, lepas itu kepala elok ditutup, errr.. doa masuk tandas jangan lupa tau!
But then, don’t forget to cover your head and one last important thing is to recite do’a before entering the toilet.

Prayer
                                                          Jadual 4    


           Dalam komik yang telah digunakan, penterjemah menghadapi beberapa masalah semasa melakukan proses terjemahan. Dalam jadual 4 di atas jelas menunjukkan beberapa permasalahan yang dihadapi. Jika diteliti, antara perkataan yang dirasakan sukar untuk mendapat padanan yang bersesuaian ialah seperti “Assalamualaikum, Maghrib, Wuduk dan juga doa”. Kekeliruan jelas dihadapi oleh penterjemah sama ada hendak menterjemahkannya sejadi ataupun sehampir yang mungkin dalam bahasa sasaran.

            Oleh itu, langkah yang telah diambil ialah dengan melakukan pinjaman terhadap perkataan-perkataan tersebut. Hasil peminjaman yang dilakukan akan dapat menghasilkan kesan terjemahan yang lebih bersesuaian untuk pemahaman dan pendengaran pihak yang disasarkan kelak. 


Isu 5 : PENGGUGURAN

BS
BT
Cadangan
Mula-mula dia datangkan rasa tak seronok bersolat. Lepas tu dia timbulkan rasa ujub dan riak waktu solat.
First, they will make us feel uneasy to perform solah. Then, they’ll put us in a situation where we would feel arrogant while performing our solah.
     Ujub
 – Kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak

     Riak
– Gerak geri yang menandakan ada sesuatu yang terkandung dalam hati
-    Gelagat
- Perihal orang yang sombong dan cakap

                                                                         Jadual 5

             Jadual 5 di atas adalah salah satu contoh berlakunya pengguguran kepada teks yang diterjemahkan. Hasil terjemahan menunjukkan perkataan “ujub” dan “riak” telah digugurkan dan terus diterjemahkan menjadi arrogant sahaja. Ini kerana, perkataan “ujub” dan “riak” menghasilkan maksud yang lebih kurang saja iaitu satu perasaan angkuh yang wujud dalam diri. Oleh yang demikian, perkataan-perkataan tersebut telah diterjemahkan menjadi arrogant. 


Isu 6 : KATA NAMA KHAS


BS
BT
Cadangan
Hehe. Nama ana Tok Syaitan Ar-Rojim
Hehe, Hello dude! I am Ar-Rojim Satan.
      Wicked
       Cursed
                                                                           Jadual 6


          Akhir sekali, isu yang dihadapi oleh penterjemah adalah berkaitan dengan kata nama khas yang terdapat dalam komik tersebut. Penterjemah mempunyai beberapa cadangan yang dirasakan sesuai untuk diterjemahkan bagi menggantikan kata nama khas “Tok Syaitan Ar-Rojim” iaitu wicked atau cursed. Tetapi, setelah berbincang dengan ahli kumpulan maka jalan terbaik bagi menterjemahkan kata nama khas ini ialah dengan mengekalkan saja menjadi Ar-Rojim Satan. Ini adalah jalan terbaik kerana melihat kepada hasil terjemahan yang dapat memberikan kesan yang sejadi seperti teks asal tersebut. 

KESIMPULAN

Setelah selesai melakukan tugas projek komik bersuara ini maka jelaslah banyak yang dapat dipelajari daripada tugasan ini. Antaranya ialah seseorang penterjemah itu perlulah mengambil kira pendengar sasarannya agar sesuai dengan hasil yang ingin dicapai oleh penterjemah kelak. Seterusnya, perlulah merujuk kepada pakar dan mereka yang lebih berpengalaman. Ini diperlukan agar penterjemah tidak menyimpang daripada maksud yang sebenar daripada penulis asalnya sendiri.

Bahkan, untuk menghasilkan karya terjemahan komik bersuara yang berjaya maka penterjemah perlu bijak memilih dan menggunakan ekspresi yang bersesuaian serta tidak dilupakan agar menggunakan kata ganti nama diri asal untuk memberi kesan yang sama berdasarkan teks sumber.

                 Oleh yang demikian, jelaslah bahawa penterjemah perlu benar-benar mengambil keputusan yang sewajarnya dalam menghasilkan karya terjemahan yang berkualiti dan sehampir mungkin dengan pendengar sasaran kelak. 


KOMEN DAN CADANGAN DARIPADA PENONTON

        Kumpulan kami sangat berbesar hati di atas kesemua komen serta cadangan yang telah diberikan oleh para penonton. Kumpulan mendapat maklum balas yang sangat positif serta membina. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan kumpulan kami keyakinan untuk melakukan hasil terjemahan komik bersuara ataupun tugasan lain kelak dengan lebih bersemangat lagi. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pensyarah yang kami hormati, Dr. Noraini Ibrahim kerana telah banyak memberikan didikan serta tunjuk ajar sepanjang kami berada di bawah penyeliaan beliau. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak menyumbangkan tenaga serta idea kepada kumpulan kami sehingga berjaya menghasilkan karya komik bersuara dalam bahasa sasaran ini. 

       Sekian, terima kasih. 

Thursday, 7 November 2013

MUZIK - Teks Umum (BI - BM)


TEKS SUMBER : How Music Affects Us

By Mariam S., smithtown, NY



The Affect Music Has On Us

Music is something that every person has his or her own specific opinion about. Different people have different taste, and various types of music have many ways of leaving an impact on someone. It can be relaxing, angering, energizing, soothing and many more.


There are so many types of music out there today. Rap, pop, rock, country, indie, alternative, hardcore are some of the abundant types in the world. Music sends out either good or bad messages that have big impacts on how people act. People usually become friends with others who have a same taste in music as the rest of the people they hang out with, or it can be vice versa. People may not want to associate with people who have different tastes in music because they’ll argue about what they think is better but it’s just their own opinions.


Music sends out different messages and help kids in the process of learning. The lyrics sung or rapped by the artists can be things going on in their own personal lives, and people with the same types of problems can listen to them so they know there are people like this out there in the world. Music can also serve as a catalyst for new ideas. When people listen to the new things out there, they learn different things going on in the world and they become more open-minded because they’re exposed to different people like the artists.


A lot of people come to the conclusion that rap music has a very big impact on the world. Listening to the lyrics, they usually revolve around sex and drugs and those are topics many parents don’t want their kids being involved in. Many of the music videos made by rap artists in the world show these topics in them. Studies show that people who are more into rap music do drugs one time in their lives.


People can use music to express themselves, in ways it can’t be expressed through behavior, or art. You can usually tell how someone’s feeling by the type of music he or she is listening to at the time. It’s a tool used by many. Groups of people around the world can come together and gather at concerts, shows, and venues to show what their interests and likings are and you see how many people have similar likings as you.


Experts say listening to music during exercise can give you a better workout in several ways. Music can increase your endurance, boost your mood and can distract you from any discomfort experienced during your workout. Listening to music also releases endorphins - our natural 'feel good' hormones that lift our mood and give us motivation to carry on longer with exercise. When we exercise listening to music, we can travel 11 per cent further.


I can personally relate to the effects that music has on its listeners and users for music can instantly put me in a good mood because it’s a big part of my life. Every day I listen to the words and sounds of different singers/bands with contrasting ideas and opinions. The music I listen makes me who I am.






ANALISIS : MASALAH DAN PENYELESAIAN

1) Petikan ayat dalam BS yang pendek.

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
There are so many types of music out there today. Rap, pop, rock, country, indie, alternative, hardcore are some of the abundant types in the world.
Terdapat pelbagai genre muzik yang boleh didapati hari ini seperti rap, pop, rock, etnik kreatif, indie, alternatif dan hardrock.
1) Ayat pertama dan kedua dalam bahasa sumber digabungkan untuk menyenangkan pembacaan semasa terjemahan pandang
JADUAL 1

Petikan ayat teks sumber yang pertama terlalu pendek. Oleh itu, ayat pertama dan kedua digabungkan untuk memudahkan pembacaan. Ini kerana, semasa melakukan terjemahan pandang penterjemah tidak perlu terikat dengan ayat dalam bahasa sumber yang pendek. Bagi menyenangkan proses pembacaan ayat yang pendek digabungkan supaya menampakkan lagi kesinambungan ayat dalam bahasa sasaran.

2) PENGGUGURAN PERKATAAN

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
It can be relaxing, angering, energizing, soothing and many more.
Muzik tersebut boleh jadi sesuatu yang menenangkan, membangkitkan kemarahan, memberikan tenaga dan sebagainya.
1) Beberapa perkataan dalam bahasa sumber telah digugurkan : "Relaxing" dan "Soothing"
JADUAL 2

Berdasarkan kepada jadual 2 di atas, kaedah pengguguran perkataan "Relaxing" dan "Soothing" telah dilakukan dan diterjemahkan menjadi "menenangkan". Ini kerana, perkataan "relaxing" "soothing" tersebut sudah boleh digambarkan melalui satu perkataan sahaja dalam bahasa sumber. Tambahan pula, penterjemah adalah lebih digalakkan untuk menyampaikan maklumat seringkas yang mungkin namun maklumat tersebut hendaklah seperti yang ingin disampaikan oleh penulis asal semasa melakukan terjemahan pandang.

3) PERKATAAN BIDANG MUZIK DALAM BS YANG TIADA PADANAN DALAM BT


– Contoh :

– Country -> Desa/Lagu Rakyat / ‘Country’/Irama Malaysia

– Hardcore -> ‘Hardcore’ / ‘Hardrock’ / ??

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Rap, pop, rock, country, indie, alternative, hardcore are some of the abundant types in the world.
Terdapat pelbagai genre muzik yang boleh didapati hari ini seperti rap, pop, rock, etnik kreatif, indie, alternatif dan hardrock.
1) "Country" lebih sesuai dipinjam masuk menjadi "Country"

2) "Alternative" menjadi alternatif

3) Perkataan muzik yang lain dipinjam masuk ke bahasa sasaran
JADUAL 3


Berdasarkan analisis yang telah dilakukan seperti jadual 3 di atas, jelas bahawa beberapa perkataan atau istilah muzik seperti "country, rap, pop dan rock" perlu dipinjam masuk ke dalam bahasa sasaran disebabkan oleh faktor tiadanya padanan yang setara bagi istilah tersebut dalam bahasa sasaran itu sendiri. Perkataan "Country" tidak boleh diterjemahkan menjadi etnik kreatif di atas faktor konteks atau maknanya yang berbeza. Walau bagaimanapun, ini juga bergantung kepada aspek pembaca sasaran yang ingin difokuskan oleh penterjemah. Sama ada ingin berfokuskan kepada pembaca sasaran, maka boleh menggunakan kaedah "domestication" dan sebaliknya iaitu "foreignization".

Semasa melakukan terjemahan pandang, penterjemah telah tersalah menyebut perkataan "hardcore" menjadi hardrock kerana kedua-dua perkataan ini hampir serupa. Kesalahan seperti ini seharusnya dielakkan dan penterjemah perlulah fokus ketika melakukan proses terjemahan pandang tersebut. Walau bagaimanapun, genre muzik "hardcore" memang wujud cuma ia tidak dinyatakan dalam teks bahasa sumber kerana penulis hanya menekankan kepada beberapa genre muzik sahaja.


4) PARAFRASA

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Music can also serve as a catalyst for new ideas.
Muzik juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi ataupun idea.
1) Disarankan menggunakan salah satu sahaja iaitu :

- sumber inspirasi
-idea

2) Perkataan "catalyst" - pencetus inspirasi
JADUAL 4

Perkataan "catalyst" sebenarnya membawa maksud pemangkin atau pencetus. Namun penterjemah memutuskan untuk melakukan parafrasa pada ayat dengan menstruktur semula ayat tersebut seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4 di atas.

5) PINJAMAN & PENGGUGURAN

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Listening to music also releases endorphins - our natural 'feel good' hormones that lift our mood and give us motivation to carry on longer with exercise
Mendengar muzik juga dapat membantu mengeluarkan endorphins di mana ia merupakan sejenis hormon yang akan meningkatkan minat dan memberikan seseorang motivasi untuk meneruskan senaman dalam tempoh yang lebih panjang.
1) endorfin

2) "our natural 'feel good" digugurkan.
JADUAL 5

Pada asalnya penterjemah telah mengekalkan perkataan "endorphins" ke dalam terjemahannya. Walau bagaimanapun setelah membuat pencarian, sebenarnya terdapat perkataan "endorphins" dalam bahasa Melayu yang menggunakan kaedah transliterasi iaitu endorfin. Dari segi sebutan sememangnya tiada perbezaan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu cuma yang membezakannya adalah ejaan.

Seterusnya, "our natural 'feel good" digugurkan kerana penterjemah memutuskan untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai endorfin yang sebenarnya memberikan maklumat yang lebih lengkap. Jika frasa "our natural 'feel good" digugurkan, ianya tidak akan memberi kesan kepada hasil terjemahan yang dilakukan.