Thursday, 7 November 2013

MUZIK - Teks Umum (BI - BM)


TEKS SUMBER : How Music Affects Us

By Mariam S., smithtown, NY



The Affect Music Has On Us

Music is something that every person has his or her own specific opinion about. Different people have different taste, and various types of music have many ways of leaving an impact on someone. It can be relaxing, angering, energizing, soothing and many more.


There are so many types of music out there today. Rap, pop, rock, country, indie, alternative, hardcore are some of the abundant types in the world. Music sends out either good or bad messages that have big impacts on how people act. People usually become friends with others who have a same taste in music as the rest of the people they hang out with, or it can be vice versa. People may not want to associate with people who have different tastes in music because they’ll argue about what they think is better but it’s just their own opinions.


Music sends out different messages and help kids in the process of learning. The lyrics sung or rapped by the artists can be things going on in their own personal lives, and people with the same types of problems can listen to them so they know there are people like this out there in the world. Music can also serve as a catalyst for new ideas. When people listen to the new things out there, they learn different things going on in the world and they become more open-minded because they’re exposed to different people like the artists.


A lot of people come to the conclusion that rap music has a very big impact on the world. Listening to the lyrics, they usually revolve around sex and drugs and those are topics many parents don’t want their kids being involved in. Many of the music videos made by rap artists in the world show these topics in them. Studies show that people who are more into rap music do drugs one time in their lives.


People can use music to express themselves, in ways it can’t be expressed through behavior, or art. You can usually tell how someone’s feeling by the type of music he or she is listening to at the time. It’s a tool used by many. Groups of people around the world can come together and gather at concerts, shows, and venues to show what their interests and likings are and you see how many people have similar likings as you.


Experts say listening to music during exercise can give you a better workout in several ways. Music can increase your endurance, boost your mood and can distract you from any discomfort experienced during your workout. Listening to music also releases endorphins - our natural 'feel good' hormones that lift our mood and give us motivation to carry on longer with exercise. When we exercise listening to music, we can travel 11 per cent further.


I can personally relate to the effects that music has on its listeners and users for music can instantly put me in a good mood because it’s a big part of my life. Every day I listen to the words and sounds of different singers/bands with contrasting ideas and opinions. The music I listen makes me who I am.






ANALISIS : MASALAH DAN PENYELESAIAN

1) Petikan ayat dalam BS yang pendek.

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
There are so many types of music out there today. Rap, pop, rock, country, indie, alternative, hardcore are some of the abundant types in the world.
Terdapat pelbagai genre muzik yang boleh didapati hari ini seperti rap, pop, rock, etnik kreatif, indie, alternatif dan hardrock.
1) Ayat pertama dan kedua dalam bahasa sumber digabungkan untuk menyenangkan pembacaan semasa terjemahan pandang
JADUAL 1

Petikan ayat teks sumber yang pertama terlalu pendek. Oleh itu, ayat pertama dan kedua digabungkan untuk memudahkan pembacaan. Ini kerana, semasa melakukan terjemahan pandang penterjemah tidak perlu terikat dengan ayat dalam bahasa sumber yang pendek. Bagi menyenangkan proses pembacaan ayat yang pendek digabungkan supaya menampakkan lagi kesinambungan ayat dalam bahasa sasaran.

2) PENGGUGURAN PERKATAAN

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
It can be relaxing, angering, energizing, soothing and many more.
Muzik tersebut boleh jadi sesuatu yang menenangkan, membangkitkan kemarahan, memberikan tenaga dan sebagainya.
1) Beberapa perkataan dalam bahasa sumber telah digugurkan : "Relaxing" dan "Soothing"
JADUAL 2

Berdasarkan kepada jadual 2 di atas, kaedah pengguguran perkataan "Relaxing" dan "Soothing" telah dilakukan dan diterjemahkan menjadi "menenangkan". Ini kerana, perkataan "relaxing" "soothing" tersebut sudah boleh digambarkan melalui satu perkataan sahaja dalam bahasa sumber. Tambahan pula, penterjemah adalah lebih digalakkan untuk menyampaikan maklumat seringkas yang mungkin namun maklumat tersebut hendaklah seperti yang ingin disampaikan oleh penulis asal semasa melakukan terjemahan pandang.

3) PERKATAAN BIDANG MUZIK DALAM BS YANG TIADA PADANAN DALAM BT


– Contoh :

– Country -> Desa/Lagu Rakyat / ‘Country’/Irama Malaysia

– Hardcore -> ‘Hardcore’ / ‘Hardrock’ / ??

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Rap, pop, rock, country, indie, alternative, hardcore are some of the abundant types in the world.
Terdapat pelbagai genre muzik yang boleh didapati hari ini seperti rap, pop, rock, etnik kreatif, indie, alternatif dan hardrock.
1) "Country" lebih sesuai dipinjam masuk menjadi "Country"

2) "Alternative" menjadi alternatif

3) Perkataan muzik yang lain dipinjam masuk ke bahasa sasaran
JADUAL 3


Berdasarkan analisis yang telah dilakukan seperti jadual 3 di atas, jelas bahawa beberapa perkataan atau istilah muzik seperti "country, rap, pop dan rock" perlu dipinjam masuk ke dalam bahasa sasaran disebabkan oleh faktor tiadanya padanan yang setara bagi istilah tersebut dalam bahasa sasaran itu sendiri. Perkataan "Country" tidak boleh diterjemahkan menjadi etnik kreatif di atas faktor konteks atau maknanya yang berbeza. Walau bagaimanapun, ini juga bergantung kepada aspek pembaca sasaran yang ingin difokuskan oleh penterjemah. Sama ada ingin berfokuskan kepada pembaca sasaran, maka boleh menggunakan kaedah "domestication" dan sebaliknya iaitu "foreignization".

Semasa melakukan terjemahan pandang, penterjemah telah tersalah menyebut perkataan "hardcore" menjadi hardrock kerana kedua-dua perkataan ini hampir serupa. Kesalahan seperti ini seharusnya dielakkan dan penterjemah perlulah fokus ketika melakukan proses terjemahan pandang tersebut. Walau bagaimanapun, genre muzik "hardcore" memang wujud cuma ia tidak dinyatakan dalam teks bahasa sumber kerana penulis hanya menekankan kepada beberapa genre muzik sahaja.


4) PARAFRASA

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Music can also serve as a catalyst for new ideas.
Muzik juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi ataupun idea.
1) Disarankan menggunakan salah satu sahaja iaitu :

- sumber inspirasi
-idea

2) Perkataan "catalyst" - pencetus inspirasi
JADUAL 4

Perkataan "catalyst" sebenarnya membawa maksud pemangkin atau pencetus. Namun penterjemah memutuskan untuk melakukan parafrasa pada ayat dengan menstruktur semula ayat tersebut seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4 di atas.

5) PINJAMAN & PENGGUGURAN

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Listening to music also releases endorphins - our natural 'feel good' hormones that lift our mood and give us motivation to carry on longer with exercise
Mendengar muzik juga dapat membantu mengeluarkan endorphins di mana ia merupakan sejenis hormon yang akan meningkatkan minat dan memberikan seseorang motivasi untuk meneruskan senaman dalam tempoh yang lebih panjang.
1) endorfin

2) "our natural 'feel good" digugurkan.
JADUAL 5

Pada asalnya penterjemah telah mengekalkan perkataan "endorphins" ke dalam terjemahannya. Walau bagaimanapun setelah membuat pencarian, sebenarnya terdapat perkataan "endorphins" dalam bahasa Melayu yang menggunakan kaedah transliterasi iaitu endorfin. Dari segi sebutan sememangnya tiada perbezaan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu cuma yang membezakannya adalah ejaan.

Seterusnya, "our natural 'feel good" digugurkan kerana penterjemah memutuskan untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai endorfin yang sebenarnya memberikan maklumat yang lebih lengkap. Jika frasa "our natural 'feel good" digugurkan, ianya tidak akan memberi kesan kepada hasil terjemahan yang dilakukan.

MUZIK- Teks Umum (BM-BI)

TEKS SUMBER : KOMPANG

Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia. Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan. Alat muzik tradisional boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, kordofon, membranofon, erofon, idiofon dan erofon bebas.

Alat muzik membranofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu. Alat-alat muzik gendang, rebana dan kompang adalah tergolong dalam kategori ini.
Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, serunai, angklung, bonang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya. Kompang merupakan alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Kompang adalah alat muzik tradisional masyarakat melayu. Kompang ataupun membranophone dimainkan oleh masyarakat melayu dalam majlis-majlis atau acara-acara tertentu. Ia diperbuat daripada sekeping kulit (lembu atau kambing) yang dilekatkan menggunakan paku pada kayu yang telah dibentuk dalam bentuk bulat.

Pembikinan kompang bermula dengan pemilihan kayu yang akan dibentuk menjadi bingkai kompang. Pemilihan kayu adalah berdasarkan ketahanan dan kelasakan kayu itu sendiri. Ini adalah penting untuk menjamin agar kompang yang dihasilkan adalah tahan lama dan berkualiti. Pembentukan bingkai kompang pada masa kini telah menjadi lebih mudah dengan terhasilnya mesin "lathe" yang digunakan untuk membentuk bingkai .

Proses pertama pembuatan bingkai kompang ialah dengan memotong kayu yang telah dipilih. Pada peringkat ini, kayu tersebut dipotong mengikut anggaran kasar saiz kompang yang dikehendaki. Proses pemotongannya tidak memerlukan ketelitian yang lebih kerana apa yang dikehendaki adalah bentuk bulat yang diperlukan untuk membentuk bingkai. Walaubagaimanapun, setiap kerja mestilah dilakukan bersungguh-sungguh.

Proses yang kedua adalah proses pengeringan kayu. Proses ini dilakukan dengan menghimpunkan kayu-kayu yang telah siap dipotong di tempat yang redup dan kering. Sebelum proses ini, kayu-kayu tersebut terlebih dahulu disapukan dengan lilin untuk memelihara kekuatan kayu. Kayu-kayu yang dijemur akan kering dalam jangkamasa tiga hingga lima bulan - bergantung kepada cuaca persekitaran. Selepas kayu-kayu tersebut kering (gambar), proses akhir untuk membuat bingkai akan dilakukan dengan menggunakan mesin "lathe" yang akan membentuk bingkai.

Mesin Lathe digunakan untuk mengukir bingkai kompang. Penggunaan mesin ini telah memudahkan proses membuat kompang pada masa kini berbanding pada masa dahulu. Disamping memudahkan, ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga.


SUMBER :





ANALISIS : MASALAH DAN PENYELESAIANNYA

1) Tiada padanan dalam bahasa sasaran

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, serunai, nafiri, angklung, bonang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya.
Malay people play musical instruments such as gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, flutes, nafiri, angklung, Bonang, wooden xylophone, saron barung and others.
1) Sesetengah alat muzik seperti serunai dan seruling boleh diterjemah menjadi flutes kerana ia dari kategori jenis muzik yang sama

2) Kompang tidak boleh diterjemah menjadi drum (Google translate)

3) Alat muzik yang lain dikekalkan kerana tiadanya padanan yang sejadi dalam bahasa sasaran

JADUAL 1

Umum mengetahui bahawa kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia turut menghasilkan berbagai jenis alatan muzik. Alatan muzik ini kebiasaannya digunakan mengikut upacara dan kebudayaan yang tertentu. Setiap alat muzik itu mempunyai kegunaan dan keistimewaannya yang tersendiri dan melambangkan sesebuah kebudayaan itu sendiri. Oleh yang demikian, penterjemah menghadapi kesukaran bagi mencari padanan yang sejadi ataupun bersesuaian bagi alatan muzik dalam bahasa sumber tersebut. Padanan yang salah akan menghasilkan pemindahan maklumat yang kurang tepat atau pun salah dan sekaligus akan merosakkan mesej asal yang ingin disampaikan oleh penulis asal.


Jadual 1 di atas adalah antara beberapa contoh tiadanya padanan yang bersesuaian bagi alatan muzik dalam bahasa terjemahan. Contoh yang paling ketara ialah bagi alat muzik seperti gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruas, nahara, nafiri, angklung, bonang, dan saron barong. Kebanyakkan alatan yang telah dinyatakan tersebut adalah berasal daripada kaum Melayu dan sering digunakan dalam upacara keagamaan dan majlis keraian. Jelas disini bahawa sesuatu budaya tu adalah berbeza-beza mengikut kepada pengaruh persekitaran dan geografi sesebuah tempat. Sudah pasti tiadanya terjemahan yang sejadi bagi alat muzik dalam budaya Melayu ke dalam budaya masyarakat orang Inggeris.

Oleh yang demikian, penterjemah telah menggunakan kaedah pinjaman bagi alatan muzik berkenaan. Oleh kerana terjemahan tersebut merupakan terjemahan pandang dan situasinya adalah penerangan kepada pelancong asing mengenai cara pembuatan alatan muzik, maka penerangan adalah lebih mudah untuk dilakukan disebabkan para pendengar berada di tempat kejadian dan alatan muzik tersebut boleh dilihat secara visual.


2) Padanan yang kurang tepat (Google Translate)

TEKS SUMBER
GOOGLE TRANSLATE
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Kompang
Drum
Kompang
1) Alat muzik dikekalkan kerana tiada padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran
Rebana
Tambourine
Rebana
2) Ciri-ciri fizikal alat muzik dalam bahasa sasaran tidak sama seperti ciri-ciri fizikal alat muzik dalam bahasa sumber
Gambus
Harp
Gambus
Nafiri
Trumpet
Nafiri
JADUAL 2

Jadual 2 di atas merupakan antara contoh yang jelas menunjukkan padanan alat muzik yang diberikan oleh Google Translate sama sekali tidak bertepatan dengan ciri-ciri fizikal dan fungsi alat muzik yang sebenar. Contoh yang pertama, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), alat muzik kompang adalah sejenis alat muzik tradisional yang berasal dari Timur Tengah dan diklasifikasikan sebagai membranofon iaitu sejenis dram yang berbingkai. Kompang diperbuat daripada kayu berbingkai dan mempunyai satu muka kulit. Permukaan kulitnya dipasang pada baluh dengan paku logam. Alat muzik ini dipegang dengan sebelah tapak tangan sementara tapak tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memukul. Kompang dimainkan dalam gaya secara bertingkah-tingkah untuk mengiringi nyanyian, perarakan dan pelbagai perayaan dalam masyarakat Melayu. Namun padanan diberikan oleh Google Translate sama sekali tidak bertepatan dengan ciri-ciri kompang mengikut budaya Melayu. Ini kerana, ciri-ciri fizikal yang terdapat pada “drum” adalah daripada kelompok alat muzik yang diperbuat daripada kulit yang direntangkan dan di mainkan dengan mengetuknya menggunakan tangan atau kayu drum. Selain kulit, drum juga digunakan daripada bahan lain seperti plastik.

Antara contoh-contoh lain adalah seperti yang boleh dilihat dalam Jadual 2 di atas. Padanan yang diberikan adalah berbeza dan tidak sesuai digunakan kerana akan menimbulkan kekeliruan ataupun salah faham kepada pembaca sasaran kelak. 


3) Padanan sama tapi tidak serupa
TEKS SUMBER
TEREJMAHAN PANDANG
CADANGAN
Serunai
Flutes
Menghasilkan bunyi yang sama (melalui peniupan) akan tetapi, sedikit berbeza dari segi fizikal.
JADUAL 3

Seterusnya padanan alat muzik serunai yang diberikan oleh carian Google Translate ialah “flutes”. Namun, dari segi fizikal terdapat sedikit perbezaan antara serunai dan juga 'flutes'. Serunai ialah alat muzik yang mana badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Manakala “flutes” sedikit berbeza jika dibandingkan dengan serunai kerana “flutes” tidak semestinya mempunyai tujuh lubang dan tidak mempunya bahagian loceng berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip seperti serunai. Walau bagaimanapun, padanan yang dihasilkan boleh diterima dan digunakan kerana bunyi yang dihasilkan masih lagi sama.

Berdasarkan pencarian dan pembacaan, dapatlah dirumuskan bahawa serunai dan seruling boleh dikategorikan sebagai salah satu alat muzik jenis “flutes”. 


4) Perkataan BS yang dipinjam 

 Membranophone ?? à membranofon
 Membrane ?? à Membran
 Mesin “lathe” ?? à Lathe Machine
-> Sebenarnya MESIN LARIK / PELARIK / BINDU

Hasil daripada pembelajaran dan pengalaman menterjemah teks, didapati bahawa teks sumber mempunyai kesalahan dari segi pengunaan perkataan atau istilah yang digunakan. Penulis teks sumber meminjam perkataan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu tanpa menterjemah dan juga menggunakan kaedah transliterasi. Sebagai contoh, wujudnya perkataan “membranophone” dalam bahasa Melayu yang menggunakan kaedah transliterasi iaitu membranofon tetapi, penulis masih lagi menggunakan perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah pinjaman. Begitu juga bagi perkataan “membrane” yang telah dipinjam masuk ke dalam bahasa sumber, sedangkan wujudnya padanan perkataan membran dalam bahasa sumber.

Penulis mengambil langkah yang mudah dengan meminjam masuk perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam teks yang dihasilkan sedangkan sebenarnya terdapat padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan seperti mesin larik, pelarik ataupun bindu.



LAGU “BAWAKU PERGI” – Zizan feat Kaka

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
(1) Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Take me away
Ride me somewhere
Lets run away from reality
Take me away
Ride me somewhere else
We don’t have to turn back
1) Diterjemah menjadi "Bring me somewhere"

2) Terjemahan pandang "ride me somewhere" boleh digugurkan dan cukup sekadar menggunakan "take me away" sahaja.
(2) Oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh
Don’t forget to bring your ..... ??
Hopefully it is still valid
This time we’ll go much longer
Much further
1) Red Book - Jika pembaca sasaran adalah warganegara Malaysia. Tidak difahami oleh pembaca bukan warganegara Malaysia atau yang tidak memahami maksud sebenar ''Red book''

2) Pasport - Lebih berfokus kepada pembaca umum. Lebih mudah untuk difahami
JADUAL 4

Berikut adalah hasil terjemahan pandang yang dilakukan bagi sebuah lagu nyanyian Zizan Razak dan juga Kaka. Berdasarkan lirik asal yang dihasilkan oleh (1), ia secara sintaktiknya membawa maksud yang tertentu dan mengandungi mesej yang tersirat. Penggunaan perkataan yang digunakan adalah mudah tetapi terdapat kesukaran dalam menterjemah sesetengah perkataan yang terdapat dalam lirik tersebut. Contoh yang paling jelas ialah melalui ayat “pacu laju-laju” yang telah diterjemah menjadi "ride me somewhere". Ayat ''ride me'' itu membawa suatu konotasi yang negatif kepada pemahaman pendengar teks sasaran.

Penulis lirik menggunakan ayat (2) “buku merah” bagi menggantikan penggunaan pasport dalam lagunya. Pengunaan “buku merah” itu jika diterjemahkan menjadi ''red book'' akan menimbulkan kekeliruan kepada pembaca sasaran yang bukan warganegara Malaysia. Hal ini kerana, buku merah yang dimaksudkan adalah warna pasport bagi warganegara Malaysia dan warna ini berbeza bagi negara-negara lain. Oleh yang demikian, kaedah terjemahan yang paling sesuai supaya buku merah difahami oleh sesiapa sahaja ialah dengan menterjemah buku merah tersebut menjadi pasport. 

TEKS TEKNIKAL POLITIK (BM - BI)

1) Pangkat dalam BS tiada padanan dalam BT.

BS
BT
YB Tuan Haji Arifin Arif
The Honourable Arifin Arif
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda YDP Agong
The Seri Paduka Baginda YDP Agong
YAB Perdana Menteri
The Honourable Prime Minister


                                                                       Jadual 1 

Berdasarkan jadual 1 di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat isu berkenaan pangkat yang terdapat dalam teks sumber dan kesukarannya untuk menterjemahkan kepada teks sasaran. Ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan budaya di antara masyarakat Malaysia dan juga masyarakat Inggeris. Seperti yang kita sedia maklum, dalam teks ucapan politik seperti ini, sememangnya terdapat penggunaan pangkat yang tertentu dalam ucapannya. Contoh yang jelas adalah seperti penggunaan YB(Yang Berhormat), DYMM(Duli Yang Maha Mulia), YDP(Yang Dipertuan Agung), dan YAB(Yang Amat Berhormat) yang terdapat dalam beberapa teks ucapan berunsur politik ini.
Oleh itu, bagi mengekalkan tahap pangkat bagi kata nama tersebut maka kaedah terbaik adalah dengan mengekalkannya dan hanya beberapa perkataan dalam pangkat yang boleh diterjemahkan sahaja akan diterjemahkan. Contohnya ialah perkataan seperti perkataan “Yang Berhormat” akan ditukar menjadi The Honourable. 

2) Menterjemahkan Pantun.

BS
BT
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
Your good deeds will always be remembered
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu.
If you do good things, people will always remember you

Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain semanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang.
There is nothing to lose  if you keep doing good deeds
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi si pohon jati
Kawan beribu mudah didapati
Sahabat setia payah dicari.
It is easy to find friends but the real one is hard to find

                                                                             Jadual 2

Tugas melaksanakan terjemahan pandang bukanlah sesuatu yang mudah kerana jurubahasa perlu menggunakan kepakaran berbahasa dengan sebaik mungkin dalam tempoh tersebut. Salah satu kesukaran yang perlu dihadapi oleh jurubahasa ialah apabila berdepan dengan teks pantun seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2 di atas. Dalam situasi seperti ini, langkah terbaik yang boleh diambil ialah dengan hanya menterjemahkan perkara ataupun maksud asal yang ingin disampaikan oleh penutur bahasa sumbernya.
 Ini kerana, dalam tempoh yang singkat adalah sukar bagi jurubahasa  untuk cuba mengekalkan maksud dan dalam pada masa yang sama untuk mengekalkan bentuk rima pantun tersebut. Jadi, pantun dalam BS telah diterjemahkan kepada BT seperti yang telah dipaparkan dalam jadual di atas. Hasilnya, pendengar sasaran akan dapat memahami makna dan maksud sebenar seperti yang terdapat dalam bahasa sumber. Kami sendiri pernah melihat situasi semasa berlangsungnya persidangan PPA, jurubahasa iaitu Encik Bashir telah menggunakan kaedah tersebut dalam menterjemahkan pantun tersebut. 

3) Menterjemahkan Hadis.

      BS
   “Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T 
     (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan
     berjihad fisabilillah”
      BT       
    “Anyone who fought with the intention that the word of Allah (Islam) to be 
     higher thus the person is said to be the only one who fought Fisabilillah”
                                                                       Jadual 3

           Dalam usaha untuk melakukan terjemahan pandang, seorang jurubahasa perlulah peka dan berhati-hati agar tidak tersasar daripada maksud sebenarnya. Terutama sekali apabila ia melibatkan isu-isu yang sensitif seperti hadis. Jadual 3 di atas adalah salah satu petikan teks ucapan yang diambil dalam teks politik.
 Keseluruhan hadis tersebut telah diterjemahkan secara terus sahaja. Namun dalam perbincangan, terdapatnya beberapa cadangan bagi menterjemahkan perkataan “Fisabilillah” tersebut. Pada asalnya, perkataan tersebut telah dipinjam masuk sahaja, walau bagaimanapun setelah dikaji kemungkinan ia boleh dijadikan fought for his or her religion. 


4) Ungkapan dalam Teks Politik.

        BS
     Seperti yang pernah saya katakan, BN Sabah mengamalkan semangat kerja berpasukan melalui pendekatan lebihkan bekerja dan kurangkan bercakap
        BT 
     As I have already said the sabah BN preferred teamwork practice which is  “work more and talk less”
                                                Jadual 4

               Terdapat juga sesetengah daripada petikan ayat dalam BS yang telah diterjemahkan menjadi ungkapan yang lebih bersahaja dan dekat dengan pendengar bahasa sasaran. Contoh dalam jadual 4 tersebut “lebihkan bekerja dan kurangkan bercakap” kepada work more and talk less. Hasilnya, mesej asal masih dapat difahami oleh penutur bahasa sasaran seperti mana yang dirasakan oleh penutur bahasa sumber.