BS
|
BT
|
YB Tuan Haji Arifin Arif
|
The Honourable Arifin Arif
|
DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
|
DYMM
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
|
Seri Paduka
Baginda YDP Agong
|
The Seri Paduka Baginda YDP Agong
|
YAB Perdana
Menteri
|
The Honourable Prime Minister
|
Jadual 1
Berdasarkan
jadual 1 di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat isu berkenaan pangkat yang
terdapat dalam teks sumber dan kesukarannya untuk menterjemahkan kepada teks
sasaran. Ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan budaya di antara masyarakat Malaysia
dan juga masyarakat Inggeris. Seperti yang kita sedia maklum, dalam teks ucapan
politik seperti ini, sememangnya terdapat penggunaan pangkat yang tertentu dalam
ucapannya. Contoh yang jelas adalah seperti penggunaan YB(Yang Berhormat),
DYMM(Duli Yang Maha Mulia), YDP(Yang Dipertuan Agung), dan YAB(Yang Amat
Berhormat) yang terdapat dalam beberapa teks ucapan berunsur politik ini.
Oleh itu,
bagi mengekalkan tahap pangkat bagi kata nama tersebut maka kaedah terbaik
adalah dengan mengekalkannya dan hanya beberapa perkataan dalam pangkat yang
boleh diterjemahkan sahaja akan diterjemahkan. Contohnya ialah perkataan
seperti perkataan “Yang Berhormat” akan ditukar menjadi The Honourable.
2) Menterjemahkan Pantun.
BS
|
BT
|
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
|
Your good deeds will always be
remembered
|
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu.
|
If you do good things, people will
always remember you
|
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain semanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang.
|
There is nothing to lose if you keep doing good deeds
|
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi si pohon jati
Kawan beribu mudah didapati
Sahabat setia payah dicari.
|
It is easy to find friends but the real one
is hard to find
|
Jadual
2
Tugas melaksanakan terjemahan
pandang bukanlah sesuatu yang mudah kerana jurubahasa perlu menggunakan
kepakaran berbahasa dengan sebaik mungkin dalam tempoh tersebut. Salah satu
kesukaran yang perlu dihadapi oleh jurubahasa ialah apabila berdepan dengan
teks pantun seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2 di atas. Dalam situasi
seperti ini, langkah terbaik yang boleh diambil ialah dengan hanya
menterjemahkan perkara ataupun maksud asal yang ingin disampaikan oleh penutur
bahasa sumbernya.
Ini kerana, dalam tempoh yang singkat adalah
sukar bagi jurubahasa untuk cuba
mengekalkan maksud dan dalam pada masa yang sama untuk mengekalkan bentuk rima
pantun tersebut. Jadi, pantun dalam BS telah diterjemahkan kepada BT seperti
yang telah dipaparkan dalam jadual di atas. Hasilnya, pendengar sasaran akan
dapat memahami makna dan maksud sebenar seperti yang terdapat dalam bahasa
sumber. Kami sendiri pernah melihat situasi semasa berlangsungnya persidangan
PPA, jurubahasa iaitu Encik Bashir telah menggunakan kaedah tersebut dalam menterjemahkan
pantun tersebut.
3) Menterjemahkan Hadis.
BS
|
“Sesiapa yang berperang
dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T
(Islam) menjadi tinggi maka orang
itu sahajalah yang dikatakan
berjihad fisabilillah”
|
BT
|
“Anyone who fought
with the intention that the word of Allah (Islam) to be
higher thus the
person is said to be the only one who fought Fisabilillah”
|
Jadual 3
Dalam usaha untuk melakukan
terjemahan pandang, seorang jurubahasa perlulah peka dan berhati-hati agar tidak tersasar daripada maksud sebenarnya. Terutama sekali apabila ia
melibatkan isu-isu yang sensitif seperti hadis. Jadual 3 di atas adalah salah
satu petikan teks ucapan yang diambil dalam teks politik.
Keseluruhan
hadis tersebut telah diterjemahkan secara terus sahaja. Namun dalam
perbincangan, terdapatnya beberapa cadangan bagi menterjemahkan perkataan “Fisabilillah”
tersebut. Pada asalnya, perkataan tersebut telah dipinjam masuk sahaja, walau
bagaimanapun setelah dikaji kemungkinan ia boleh dijadikan fought for his or
her religion.
4) Ungkapan dalam Teks Politik.
BS
|
Seperti
yang pernah saya katakan, BN Sabah mengamalkan semangat kerja berpasukan
melalui pendekatan lebihkan bekerja dan kurangkan bercakap
|
BT
|
As I have already said the sabah BN preferred
teamwork practice which is “work
more and talk less”
|
Jadual 4
Terdapat juga sesetengah daripada petikan
ayat dalam BS yang telah diterjemahkan menjadi ungkapan yang lebih bersahaja
dan dekat dengan pendengar bahasa sasaran. Contoh dalam jadual 4 tersebut “lebihkan
bekerja dan kurangkan bercakap” kepada work more and talk less. Hasilnya, mesej asal masih dapat difahami
oleh penutur bahasa sasaran seperti mana yang dirasakan oleh penutur bahasa
sumber.
No comments:
Post a Comment