Thursday, 7 November 2013

MUZIK- Teks Umum (BM-BI)

TEKS SUMBER : KOMPANG

Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia. Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan. Alat muzik tradisional boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu, kordofon, membranofon, erofon, idiofon dan erofon bebas.

Alat muzik membranofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu. Alat-alat muzik gendang, rebana dan kompang adalah tergolong dalam kategori ini.
Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, serunai, angklung, bonang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya. Kompang merupakan alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Kompang adalah alat muzik tradisional masyarakat melayu. Kompang ataupun membranophone dimainkan oleh masyarakat melayu dalam majlis-majlis atau acara-acara tertentu. Ia diperbuat daripada sekeping kulit (lembu atau kambing) yang dilekatkan menggunakan paku pada kayu yang telah dibentuk dalam bentuk bulat.

Pembikinan kompang bermula dengan pemilihan kayu yang akan dibentuk menjadi bingkai kompang. Pemilihan kayu adalah berdasarkan ketahanan dan kelasakan kayu itu sendiri. Ini adalah penting untuk menjamin agar kompang yang dihasilkan adalah tahan lama dan berkualiti. Pembentukan bingkai kompang pada masa kini telah menjadi lebih mudah dengan terhasilnya mesin "lathe" yang digunakan untuk membentuk bingkai .

Proses pertama pembuatan bingkai kompang ialah dengan memotong kayu yang telah dipilih. Pada peringkat ini, kayu tersebut dipotong mengikut anggaran kasar saiz kompang yang dikehendaki. Proses pemotongannya tidak memerlukan ketelitian yang lebih kerana apa yang dikehendaki adalah bentuk bulat yang diperlukan untuk membentuk bingkai. Walaubagaimanapun, setiap kerja mestilah dilakukan bersungguh-sungguh.

Proses yang kedua adalah proses pengeringan kayu. Proses ini dilakukan dengan menghimpunkan kayu-kayu yang telah siap dipotong di tempat yang redup dan kering. Sebelum proses ini, kayu-kayu tersebut terlebih dahulu disapukan dengan lilin untuk memelihara kekuatan kayu. Kayu-kayu yang dijemur akan kering dalam jangkamasa tiga hingga lima bulan - bergantung kepada cuaca persekitaran. Selepas kayu-kayu tersebut kering (gambar), proses akhir untuk membuat bingkai akan dilakukan dengan menggunakan mesin "lathe" yang akan membentuk bingkai.

Mesin Lathe digunakan untuk mengukir bingkai kompang. Penggunaan mesin ini telah memudahkan proses membuat kompang pada masa kini berbanding pada masa dahulu. Disamping memudahkan, ianya juga dapat menjimatkan masa dan tenaga.


SUMBER :





ANALISIS : MASALAH DAN PENYELESAIANNYA

1) Tiada padanan dalam bahasa sasaran

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, serunai, nafiri, angklung, bonang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya.
Malay people play musical instruments such as gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, flutes, nafiri, angklung, Bonang, wooden xylophone, saron barung and others.
1) Sesetengah alat muzik seperti serunai dan seruling boleh diterjemah menjadi flutes kerana ia dari kategori jenis muzik yang sama

2) Kompang tidak boleh diterjemah menjadi drum (Google translate)

3) Alat muzik yang lain dikekalkan kerana tiadanya padanan yang sejadi dalam bahasa sasaran

JADUAL 1

Umum mengetahui bahawa kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia turut menghasilkan berbagai jenis alatan muzik. Alatan muzik ini kebiasaannya digunakan mengikut upacara dan kebudayaan yang tertentu. Setiap alat muzik itu mempunyai kegunaan dan keistimewaannya yang tersendiri dan melambangkan sesebuah kebudayaan itu sendiri. Oleh yang demikian, penterjemah menghadapi kesukaran bagi mencari padanan yang sejadi ataupun bersesuaian bagi alatan muzik dalam bahasa sumber tersebut. Padanan yang salah akan menghasilkan pemindahan maklumat yang kurang tepat atau pun salah dan sekaligus akan merosakkan mesej asal yang ingin disampaikan oleh penulis asal.


Jadual 1 di atas adalah antara beberapa contoh tiadanya padanan yang bersesuaian bagi alatan muzik dalam bahasa terjemahan. Contoh yang paling ketara ialah bagi alat muzik seperti gambus, rehab, gong, kompang, rebana, maruas, nahara, nafiri, angklung, bonang, dan saron barong. Kebanyakkan alatan yang telah dinyatakan tersebut adalah berasal daripada kaum Melayu dan sering digunakan dalam upacara keagamaan dan majlis keraian. Jelas disini bahawa sesuatu budaya tu adalah berbeza-beza mengikut kepada pengaruh persekitaran dan geografi sesebuah tempat. Sudah pasti tiadanya terjemahan yang sejadi bagi alat muzik dalam budaya Melayu ke dalam budaya masyarakat orang Inggeris.

Oleh yang demikian, penterjemah telah menggunakan kaedah pinjaman bagi alatan muzik berkenaan. Oleh kerana terjemahan tersebut merupakan terjemahan pandang dan situasinya adalah penerangan kepada pelancong asing mengenai cara pembuatan alatan muzik, maka penerangan adalah lebih mudah untuk dilakukan disebabkan para pendengar berada di tempat kejadian dan alatan muzik tersebut boleh dilihat secara visual.


2) Padanan yang kurang tepat (Google Translate)

TEKS SUMBER
GOOGLE TRANSLATE
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Kompang
Drum
Kompang
1) Alat muzik dikekalkan kerana tiada padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran
Rebana
Tambourine
Rebana
2) Ciri-ciri fizikal alat muzik dalam bahasa sasaran tidak sama seperti ciri-ciri fizikal alat muzik dalam bahasa sumber
Gambus
Harp
Gambus
Nafiri
Trumpet
Nafiri
JADUAL 2

Jadual 2 di atas merupakan antara contoh yang jelas menunjukkan padanan alat muzik yang diberikan oleh Google Translate sama sekali tidak bertepatan dengan ciri-ciri fizikal dan fungsi alat muzik yang sebenar. Contoh yang pertama, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), alat muzik kompang adalah sejenis alat muzik tradisional yang berasal dari Timur Tengah dan diklasifikasikan sebagai membranofon iaitu sejenis dram yang berbingkai. Kompang diperbuat daripada kayu berbingkai dan mempunyai satu muka kulit. Permukaan kulitnya dipasang pada baluh dengan paku logam. Alat muzik ini dipegang dengan sebelah tapak tangan sementara tapak tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memukul. Kompang dimainkan dalam gaya secara bertingkah-tingkah untuk mengiringi nyanyian, perarakan dan pelbagai perayaan dalam masyarakat Melayu. Namun padanan diberikan oleh Google Translate sama sekali tidak bertepatan dengan ciri-ciri kompang mengikut budaya Melayu. Ini kerana, ciri-ciri fizikal yang terdapat pada “drum” adalah daripada kelompok alat muzik yang diperbuat daripada kulit yang direntangkan dan di mainkan dengan mengetuknya menggunakan tangan atau kayu drum. Selain kulit, drum juga digunakan daripada bahan lain seperti plastik.

Antara contoh-contoh lain adalah seperti yang boleh dilihat dalam Jadual 2 di atas. Padanan yang diberikan adalah berbeza dan tidak sesuai digunakan kerana akan menimbulkan kekeliruan ataupun salah faham kepada pembaca sasaran kelak. 


3) Padanan sama tapi tidak serupa
TEKS SUMBER
TEREJMAHAN PANDANG
CADANGAN
Serunai
Flutes
Menghasilkan bunyi yang sama (melalui peniupan) akan tetapi, sedikit berbeza dari segi fizikal.
JADUAL 3

Seterusnya padanan alat muzik serunai yang diberikan oleh carian Google Translate ialah “flutes”. Namun, dari segi fizikal terdapat sedikit perbezaan antara serunai dan juga 'flutes'. Serunai ialah alat muzik yang mana badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Manakala “flutes” sedikit berbeza jika dibandingkan dengan serunai kerana “flutes” tidak semestinya mempunyai tujuh lubang dan tidak mempunya bahagian loceng berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip seperti serunai. Walau bagaimanapun, padanan yang dihasilkan boleh diterima dan digunakan kerana bunyi yang dihasilkan masih lagi sama.

Berdasarkan pencarian dan pembacaan, dapatlah dirumuskan bahawa serunai dan seruling boleh dikategorikan sebagai salah satu alat muzik jenis “flutes”. 


4) Perkataan BS yang dipinjam 

 Membranophone ?? à membranofon
 Membrane ?? à Membran
 Mesin “lathe” ?? à Lathe Machine
-> Sebenarnya MESIN LARIK / PELARIK / BINDU

Hasil daripada pembelajaran dan pengalaman menterjemah teks, didapati bahawa teks sumber mempunyai kesalahan dari segi pengunaan perkataan atau istilah yang digunakan. Penulis teks sumber meminjam perkataan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu tanpa menterjemah dan juga menggunakan kaedah transliterasi. Sebagai contoh, wujudnya perkataan “membranophone” dalam bahasa Melayu yang menggunakan kaedah transliterasi iaitu membranofon tetapi, penulis masih lagi menggunakan perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah pinjaman. Begitu juga bagi perkataan “membrane” yang telah dipinjam masuk ke dalam bahasa sumber, sedangkan wujudnya padanan perkataan membran dalam bahasa sumber.

Penulis mengambil langkah yang mudah dengan meminjam masuk perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam teks yang dihasilkan sedangkan sebenarnya terdapat padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan seperti mesin larik, pelarik ataupun bindu.



LAGU “BAWAKU PERGI” – Zizan feat Kaka

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
(1) Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Take me away
Ride me somewhere
Lets run away from reality
Take me away
Ride me somewhere else
We don’t have to turn back
1) Diterjemah menjadi "Bring me somewhere"

2) Terjemahan pandang "ride me somewhere" boleh digugurkan dan cukup sekadar menggunakan "take me away" sahaja.
(2) Oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh
Don’t forget to bring your ..... ??
Hopefully it is still valid
This time we’ll go much longer
Much further
1) Red Book - Jika pembaca sasaran adalah warganegara Malaysia. Tidak difahami oleh pembaca bukan warganegara Malaysia atau yang tidak memahami maksud sebenar ''Red book''

2) Pasport - Lebih berfokus kepada pembaca umum. Lebih mudah untuk difahami
JADUAL 4

Berikut adalah hasil terjemahan pandang yang dilakukan bagi sebuah lagu nyanyian Zizan Razak dan juga Kaka. Berdasarkan lirik asal yang dihasilkan oleh (1), ia secara sintaktiknya membawa maksud yang tertentu dan mengandungi mesej yang tersirat. Penggunaan perkataan yang digunakan adalah mudah tetapi terdapat kesukaran dalam menterjemah sesetengah perkataan yang terdapat dalam lirik tersebut. Contoh yang paling jelas ialah melalui ayat “pacu laju-laju” yang telah diterjemah menjadi "ride me somewhere". Ayat ''ride me'' itu membawa suatu konotasi yang negatif kepada pemahaman pendengar teks sasaran.

Penulis lirik menggunakan ayat (2) “buku merah” bagi menggantikan penggunaan pasport dalam lagunya. Pengunaan “buku merah” itu jika diterjemahkan menjadi ''red book'' akan menimbulkan kekeliruan kepada pembaca sasaran yang bukan warganegara Malaysia. Hal ini kerana, buku merah yang dimaksudkan adalah warna pasport bagi warganegara Malaysia dan warna ini berbeza bagi negara-negara lain. Oleh yang demikian, kaedah terjemahan yang paling sesuai supaya buku merah difahami oleh sesiapa sahaja ialah dengan menterjemah buku merah tersebut menjadi pasport. 

No comments:

Post a Comment